Ramadhan Bakal Tiba

Jangan biarkan 1000 keluarga ini
bersahur tanpa air bersih

Telaga Sabir telah hampir siap!

Struktur telah disiapkan dan lubang telaga juga sudah digali. Tetapi air masih belum mengalir kerana ketiadaan Solar & Paip. Kami perlukan bantuan anda untuk menghidupkan nadi telaga ini sebelum tibanya 1 Ramadan.

Status Pelaksanaan

Peratus Siap: 80%
Dana Diperlukan: RM200,000
Baki Masa: 29 Hari

0 %

Kenapa Air Masih Belum Keluar?

Sayu hati kami di lapangan. Penduduk kampung sudah gembira melihat telaga digali. Mengharapkan terhentinya penderitaan mengangkut air sepanjang  3KM setiap hari. Tetapi hakikatnya, air tu masih terkurung di bawah tanah.

Tanpa Sistem Solar (Jantung), enjin pam tidak boleh dihidupkan. Dan tanpa Sistem Piping (Nadi), air tidak akan sampai ke rumah.

Bayangkan kekecewaan penduduk yang telah bersedia menadah baldi, tetapi paip masih kering. Adakah kita sanggup biarkan harapan mereka punah di garisan penamat?

Hari
Jam
Minit
Saat

Menuju Sahur Pertama

Sasaran kami jelas: Air Mesti Mengalir Sebelum Sahur Pertama.

Kami tidak meminta banyak. Kami cuma mahu memastikan apabila azan Subuh pertama Ramadan berkumandang, mereka dapat mengambil wuduk dengan sempurna dan memasak air sahur dari telaga wakaf Tuan/Puan.

Jangan tunggu esok. Masa untuk kontraktor menyiapkan telaga sangat suntuk.

Koleksi Visual

Dokumentasi sebenar pembinaan telaga sebagai bukti amanah dan pelaksanaan wakaf.